Mile 36 Lodge @ Mt. Kinabalu

Contact: +60 88-888161088-888161,  email:  mile36lodge@gmail.com

Kg Kalanggaan, Mile 36, Kundasang, Sabah, Malaysia 89300

English    中文   Malay

                                                                                                                                                                                                                                                                                        Jenis Bilik     Gambar

Latar Belakang Mile 36 Lodge (Formerly Sonny Village Lodge)

Mile 36 Lodge terletak di lokasi yang menarik dan berdekatan dengan Taman Kinabalu. Lodge ini juga adalah antara yang terbesar di antara lodge - lodge yang terdapat di kawasan ini. Tempat ini merupakan tempat penginapan dan percutian yang aman dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang begitu indah diselubungi dengan keindahan alam semulajadi. Tempat ini berada pada ketinggian 1,500m dan mempunyai suhu udara sekitar 18oc hingga 25oc yang merupakan tempat percutian yang sesuai disamping menikmati keindahan kepelbagaian jenis bunga dan burung dalam kawasan ini.

 

Mengapa Tinggal Di Mile 36 Lodge?

Tempat ini baru diubahsuai dan mempunyai persekitaran yang bersih dan menyenangkan. Terdiri daripada 4 buah bangunan dalam pelbagai reka bentuk, yang berkonsepkan “European”, “contemporary” dan ala – ala kampung.

Tempat ini terletak 1.3km dari Taman Kinabalu dan mempunyai perhubungan jalan yang mudah. Tempat ini berada di sebelah kiri di sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau. Ianya mengambil masa 1.5 jam untuk sampai ke tempat ini dari pusat Bandar Kota Kinabalu.

Tempat ini menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang memudahkan para pengunjung. Antaranya, ialah kemudahan memasak dan BBQ untuk bilik keluarga bersaiz besar(Chin’s Cottage), restoran, dan air panas di setiap bilik.

Layanan dan perkhidmatan yang mesra. Sentiasa mengenalpasti keperluan dan kehendak para pengunjung disamping memberikan maklumat mengenai keadaan dan persekitaran di dalam kawasan ini.

Tempat ini menawarkan harga yang sesuai dan berpatutan!!..RM120 untuk bilik tidur yang bersaiz “twin” dan “queen” termasuk sarapan pagi. Manakala,bilik keluarga bersaiz besar(Chin’s Cottage) pula RM360 untuk 8 orang tidak termasuk sarapan pagi. Segala tambahan tilam akan dikenakan caj yang rendah!.

                                

Untuk menempah sila hubungi : 088 – 888161 atau email kami : sonnyvillagelodge@gmail.com


Persekitaran Mile 36 Lodge

Terdiri daripada 4 buah bangunan yang mempunyai reka bentuk yang berbeza dan mempunyai satu pondok pendaftaran (reception hut).

 

Pondok pendaftaran (reception hut) adalah tempat untuk urusan pendaftaran masuk dan keluar pengunjung.

 

Fado, merupakan sebuah bangunan 2 tingkat yang berkonsepkan gaya tempatan yang diperbuat daripada struktur kayu dan konkrit. Peringkat atas adalah sebuah restoran dan mempunyai 2 bilik dengan 1 katil bersaiz “queen” dalam setiap bilik. Manakala, peringkat bawah pula mempunyai 1 bilik keluarga yang mempunyai katil untuk 6 orang.

 

Easy valley, adalah sebuah bangunan 2 tingkat yang direka berkonsepkan “English Cottage”. Ia mempunyai 2 bilik iaitu, bilik keluarga untuk 4 orang dan bilik seterusnya bersaiz” twin” untuk 2 orang. Bagi bilik keluarga, mempunyai 1 katil bersaiz “queen” dan 2 katil “single”.

 

Bilik keluarga bersaiz besar(chin’s cottage) merupakan banglo yang berkonsepkan ala – ala kampung dengan halaman yang luas, sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti permainan. Banglo ini sesuai untuk sekumpulan keluarga dan kawan-kawan.

 

Begonia juga merupakan bangunan 2 tingkat yang berkonsepkan “contemporary” yang diperbuat daripada struktur kayu yang keras dan konkrit pada peringkat bawah. Bangunan ini mempunyai 8 bilik dan setiap tingkat mempunyai 4 bilik. 2 bilik adalah bersaiz “queen” dan 6 bilik pula bersaiz twin.

 

Pondok pendaftaran

Fado

Easy Valley

Chin’s Cottage

Begonia